|
|
| Sunday, 4-Oct-2009 14:04 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Dinaszafran sedang merancang sesuatu...
|
|
|
|
|
|
|
|
|
| Friday, 23-Jan-2009 06:48 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Tag!
|
|
Tak kena tag oleh sesiapa pun.
Saja syok sendiri. Interested dengan entry Tag By Britney Spears kat fp Sheyna.
The rules are simple. Use Google Image to search the answers to the questions below. Then you must choose a picture in the first page of the results, and post it as your answer.
I am...
I really want to go to...
My favourite place...
My favourite thing...
My favourite drink...
tq milky!
My favourite food...
My favourite colour...
Classic Gold, Carribean Blue, Ivory White, Mistic Red, Mocca Silver... Pergh... Takpa kan tulih je...
I was born in...
I live in...
My school...
My favourite story... oppss... my kid's fav la...
My hobby...
I wish I am...
Teringin nak tag depa ni;
1. Kak Murnie
2. Ummi Muaz
3. Putriandalas
4. Sapa2 nak ditag pun boleh, silakan...
|
|
|
|
|
|
| Friday, 16-Jan-2009 12:22 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Welcome back Haji & Hajjah...
|
|
Alhamdulillah. Mak & Abah dah selesai menunaikan ibadat haji dan kembali ke tanah air pada 11 Januari yang lalu. Kepulangan disambut oleh 5 anak lelaki Mak & Abah di KLIA kecuali Uncle Bye yang ditugaskan menjaga rumah dan kakak2 iparnya... he he...
Lepas tengok bola di Penang, transit sebentar di Sentul untuk tido + mandi + makan + solat sementara menantikan ketibaan penerbangan Mak & Abah...
Lama tak jumpa... mistila windu...
Abah sure teringat Mekah... kaabah, makam Rasulullah, Masjidilharam...
Jadi boria la pulak... pandai mak pilih jubah untuk menantu2...
Jubah untuk Along & Adik...
Tumpang kejap...
Najwa semakin cute!
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 14-Jan-2009 13:46 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Kak Murni...
|
|
Kak Murni ni my fp member, like my own sis. Beliau juga kakak kepada my student di sekolah.
Baru-baru ni dapat sajak tentang friendship ni daripada beliau. sori la kak murnie coz amik masa sikit nak tempek kat sini... apa pun tq banyak2 ok!
Kak Murni ni seorang pustakawan (betul tak...), dikelilingi buku, bestnya...
|
|
|
|
|
|
| Friday, 2-Jan-2009 14:13 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Penang Lagi
|
|
Baru ja dua minggu lepas mai Penang ni. Kali ni agak aman tanpa hero-heroku.
Masuk Penang naik jambatan...
Keluar Penang dengan feri. Isy lamanya tak naik feri ni...
KOMTAR ni... korang tau ke?...
Destinasi utama, semestinya USM;
Lepaking area dulu-dulu...
Selesai urusan, singgah ke PPAM. Dah lama tak jejak kaki, jenguk-jenguk Dr. Mokhtar. Hmm... PPAM dah banyak berubah ~ lebih ceria dan berinformasi di bawah pentadbiran Pengarah yang baru ni... .
Banyak betul kenangan best kat sini ~ tidur di office, lab artifak tetiba gelap...., cafe hopping di semua desasiswa, lepaking, gossipping, shopping di Makro, outstation (Bukit Bunuh & Pulau Singa Besar). Geng masa tu ~ Ombak Jahat (me..), Orkid Hutan (kat Petronas skrang ni...) & Belut Manja (kat mana skrang ni ha?...)
Bilik Dr skrang ni dah jadi cam bilik mayat plak dah. Ada 30 peti mayat yang tersimpan beberapa rangka manusia (ori beb...) yang dah berusia lebih 500 tahun. Dr tunjukkan satu rangka manusia zaman Parameswara yang group dapat masa ekskavasi di Melaka baru-baru ni. Kata Dr, rangka ni agak nakal sebab suka jalan-jalan di dalam bangunan PPAM, suka main typewriter dll... Memang tak snap pun gambar. Eheheh takut ke... tak la sangat...
Streamer gambar artifak spt alat dan peralatan batu orang zaman dulu menyambut pengunjung di pintu pejabat am...
Ni pun sama...
En. Azman, staf PPAM yang ilmunya setinggi pengalaman yang dia dapat sepanjang menjadi warga PPAM ni...
Replika je. Yang ori dah dibawa ke Muzium Arkeologi Lenggong. Tak semua boleh tengok yang ori...

Main entrance PPAM...
Zoom sikit...


Menuju puncak...
Makmal kerja. Semua kerja menganalisis oleh arkeologis, arkeogeologis dan zoologis termasuk student minor berlaku di sini...
Bukit Bunuh. Kebanyakan batu di sini daripada batuan kuarza, rijang dan kuarzit-batuan campuran yang terjadi akibat hentaman meteor anggaran 1.74 juta tahun dahulu yang membentuk kawah sebesar radius 3 km. Letih betul time mapping bukit ni dulu.
Suevite yang bertaburan di Bukit Bunuh menjadi petunjuk bumi Lenggong pernah menerima hentaman meteorit selain daripada kuarza terenjat yang berjaya dikenalpasti... ye ke aku ni...
Sedikit maklumat mengenai Bukit Bunuh, Lenggong, Perak;
| Quote: | Menyingkap rahsia bukit Bunuh
Oleh: NIK KHUSAIRI IBRAHIM
BUKIT Bunuh bagi kebanyakan penduduk di sekitar daerah Lenggong, Perak ketika ini hanya dikenali sebagai ladang kelapa sawit milik tauke Cina dan pada zaman penjajah Inggeris kawasan ladang itu dimiliki `Tuan Mat Saleh' dengan ditanam beribu-ribu pohon getah.
Tidak ada yang istimewa mengenai kawasan di bahagian barat Sungai Perak itu, ia sama seperti ladang lain di negara ini yang diusahakan sejak awal tahun 1900 untuk menjana ekonomi setempat.
Nama Bukit Bunuh bagi penduduk berdekatan pula dikaitkan dengan kisah bagaimana seorang lelaki pertengahan usia yang bermimpi bahawa dia perlu membunuh isterinya untuk mendapat harta dan menjadi kaya.
Terpengaruh dengan mimpinya, dia memilih tempat untuk melaksanakan tugas tersebut iaitu di sebuah kawasan hutan terpencil di atas bukit yang bersempadan dengan lembah yang agak luas.
Maka hebohlah penduduk kampung dengan rancangan lelaki separuh usia itu dan kerelaan isterinya untuk dikorbankan semata-mata kerana mahu suaminya menjadi kaya dan dipandang tinggi di mata orang kampung.
Rancangan itu bagaimanapun tidak menjadi kenyataan kerana ketika si isteri sedang mandi berlimau (mandi dengan perahan air limau sebelum dibunuh) di tepi sungai, dia ternampak tempayan emas sedang hanyut.
Lalu diambilnya tempayan itu dan diberikan kepada suaminya. Rancangan membunuh dibatalkan dan kekallah suami isteri itu sebagai orang kaya kerana sudah berharta.
Hutan berbukit berhampiran lembah itu kemudiannya digelar Bukit Bunuh oleh orang kampung mengambil sempena peristiwa tersebut.
Kawasan itu kononnya tidak berani diusik sehinggalah diteroka oleh penjajah Inggeris.
Kewujudan Bukit Bunuh yang tidak pernah dipedulikan masyarakat bagaimanapun berubah awal baru-baru ini apabila seorang ahli kaji purba dari Universiti Sains Malaysia (USM) Dr. Mohd. Mokhtar Saidin mendakwa menemui bukti tamadun prasejarah zaman paleolitik berusia 20,000 hingga 30,000 tahun di kawasan tersebut.
Beliau bersama 13 pelajarnya menggali tujuh tempat di mana serpihan batu iaitu pisau dan senjata purba tertanam di sekitar kawasan itu dan menemui banyak serpihan batu berbentuk tiga segi dan tirus yang masih tidak terusik.
Kualiti penghasilan pisau batu jenis kuarzit, rijang dan kuarza itu amat tinggi bagi manusia zaman paleolitik, mungkin sehebat penghasilan pisau lipat Swiss Army dalam hubungan hari ini.
Ekskavasi bermula 5 hingga 12 April itu menganggarkan beribu-ribu bukti dapat ditemui dalam lingkungan 1.3 kilometer persegi di kawasan berkenaan.
Apa yang penting penemuan tersebut membuka ruang untuk mengesan sebuah pusat tamadun purba zaman paleolitik yang terbesar di Asia Tenggara dan masih belum terusik.
Penemuan itu mampu memperkukuhkan teori adaptasi tasik mengenai ketamadunan zaman prasejarah dan kemampuan manusia di rantau ini dalam mereka cipta peralatan zaman batu.
Penemuan tersebut mungkin tidak sehebat kejayaan ekskavasi barat mengesan habitat manusia purba berusia 2 juta tahun di Olduvai George, Afrika Tengah atau pondok berusia 450,000 hingga 380,000 sebelum Masihi di Terra Amata, Nice Perancis.
Bagaimanapun, ia membuka peluang untuk ahli arkeologi mencari bukti ketamadunan purba zaman paleolitik dalam suasana dan budaya di kawasan beriklim panas khatulistiwa dan monsun tropika.
Sebelum ini, penerokaan terhadap khazanah purba selain di Afrika banyak tertumpu di Eropah dengan penemuan bahan purba yang tertanam tidak terusik termasuk di kawasan sejuk bawah paras beku.
Apa yang ditemui oleh penyelidik USM ini bagaimanapun memperluaskan dimensi dalam ekskavasi purba kerana ia memberi tumpuan terhadap tamadun sebelah timur.
Dr. Mohd. Mokhtar ketika menerangkan penemuannya kepada 25 wakil media massa dalam satu kunjungan di kawasan itu minggu lalu menjelaskan bahawa kawasan Bukit Bunuh mungkin wujud sebagai sebuah pulau 20,000 hingga 30,000 tahun lampau.
``Lembah berhampiran merupakan tasik di mana mereka mencari ikan dan mendapat air minum, jadi mereka menetap di sini dan membentuk pelbagai batu tajam untuk memotong daging,'' jelasnya.
Batu yang dibentuk tajam oleh manusia purba turut dijadikan alat untuk melapah kulit, mengetuk tulang dan kayu atau mempertahankan diri dari serangan binatang buas.
Dalam lawatan tersebut, beliau turut mengorek dua tapak seluas dua meter persegi dengan bantuan beberapa remaja di kampung berkenaan untuk menunjukkan serpihan batu yang tidak terusik kepada wakil media.
Pengarah Pusat Penyelidikan Arkeologi Malaysia, USM, Profesor Datuk Dr. Zuraina Majid ketika menghuraikan penemuan tersebut memberitahu kegiatan mengesan bahan purba di negara ini hanya aktif selepas 1987.
Sebelum ini, Malaysia serta negara-negara di sekitar Asia Tenggara dianggap tidak mempunyai bukti dalam ketamadunan purba sekali gus dianggap terkebelakang pada zaman prasejarah berbanding manusia di benua lain.
Mereka juga dianggap terlalu mundur, jauh ketinggalan dan tidak mempunyai perkembangan daya fikir untuk hidup dengan sempurna.
Sebelum USM menjalankan penyelidikan arkeologi di Lembah Lenggong, manusia terawal di negara ini hanyalah dianggap wujud sekitar 10,000 tahun lalu di Gua Cha, Kelantan, 35,000 tahun lalu di Gua Niah, Sarawak dan di Sabah 20,000 tahun lampau di Tingkayu dekat Tawau, Sabah.
Bukti terbaru daripada kajian ahli-ahli arkeologi USM menunjukkan tamadun purba di negara ini bermula lebih awal dan bukti yang ditemui mempunyai impak besar terhadap sejarah Asia Tenggara keseluruhannya.
Lokasi penemuan pusat masyarakat prasejarah Bukit Bunuh pula terletak kira-kira empat kilometer dari Bukit Jawa iaitu salah sebuah kawasan purba yang ditemui pada awal 1990-an.
Sebelum ini, para ahli arkeologi tempatan turut menemui Kota Tampan iaitu kawasan prasejarah di Lembah Lenggong yang kaya dengan tinggalan masyarakat prasejarah. Ekskavasi Kota Tampan pada 1987 telah menemukan kira-kira 50,000 alat batu yang terdiri daripada batu pelandas, batu teras, batu pemukul, sisa serpihan dan puingan.
Selain Kota Tampan, kawasan prasejarah di Lembah Lenggong ialah Gua Harimau, Gua Gunung Runtuh, Bukit Jawa, Temelong dan Lawin.
Penemuan terpenting ialah manusia terawal `Perak Man' pada 1990 yang hidup kira-kira 11,000 tahun lalu di Gua Gunung Runtuh yang menyumbang terhadap pengetahuan baru mengenai manusia awal di Semenanjung.
Bukti pembuatan alat-alat batu turut ditemui di Bukit Jawa berhampiran Kampung Gelok.
Ekskavasi itu mendapati lebih kurang 100,000 tahun lalu, banyak kumpulan manusia dikenali sebagai Kra Ithmus mendiami sebuah pulau dalam tasik.
Kedudukan Bukit Bunuh yang tidak begitu jauh dari kawasan penemuan bahan purba di Kota Tampan pula boleh membawa andaian bahawa ada pertalian atau hubungan antara kelompok manusia ketika itu.
Apa yang dikemukakan dalam ekskavasi penyelidikan purba USM dijangka diteruskan secara terperinci sehingga lima tahun lagi bagi mendapatkan lebih banyak bukti sokongan serta menunjukkan kepada masyarakat dunia tentang kemampuan manusia purba dari benua Asia.
Rahsia Bukit Bunuh selama ini mungkin tersimpan dan tidak diendahkan oleh sesiapa pun tetapi penemuan kali ini membawa bukti sokongan untuk meneroka dan mengemukakan bukti demi keunggulan tamadun bangsa. |
Memang pun !
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 1-Jan-2009 06:18 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Cerita Tahun Baru
|
|
Tahun baru, suasana baru.
Hari pendaftaran Paksu Amin di AlMaad (Al Madrasah Al Alawiyah Ad Diniah), Arau, Perlis. Sepatutnya dia mendaftar Isnin depan, tapi tiba-tiba semalam Pak Lang tepon minta siapkan semua barang Paksu dalam kadar yang segera sebab esoknya (1 Jan 2009) Paksu akan mendaftar dan menjalani Minggu Orientasi. Oleh yang demikian, petang semalam kami spent hampir 8 jam shopping barang Paksu ja. Semua well-packed sebelum tengah malam. Alhamdulillah. Baju baru siap dibasuh dan semua peralatan baru siap dimasukkan ke dalam beg baru. Pendek kata semua baru lah untuk Paksu ni yang menjunjung tinggi harapan semua abang dan kakak dia di AlMaad tu nanti
Pagi ni Paksu bangun seawal jam 5.45 pagi sebab tugasan iron semua baju baru yang dah kering menanti. Sorry yek sebab tak sempat monitor kualiti baju yang digosok sebab kak sibuk di dapur sediakan cucur jagung kegemaran Paksu & jus epal yang Paksu idamkan sejak beberapa hari ni. Lepas sarapan ja, semua bertolak ke AlMaad dengan menaiki Mr. Kacak 6663 (takde entry khas ke untuk Mr. Kacak?... ). Pak Lang Fitri pun dah sedia menanti. Nampaknya Paksu tak yah bimbang sebab kebanyakan warga AlMaad adalah kenalan abang-abang dia. Sapa berani buli nanti... ho ho...
Everything settled by 12.00 am. Memang dalam hati nak tolong unpacked barang2 Paksu dan simpan cantik2 dalam locker macam yang mak-mak selalu buat masa di alam persekolahan dolu-dolu... Tapi memandangkan Paksu dah well-trained hampir sebulan di rumah 66, dan dia pun anak lelaki yang mesti berdikari, maka kami pun biarkan saja dia uruskan segala-galanya... Bravo Paksu!...
Sekarang tinggallah Paksu si anak bongsu di asrama. Ala... bukan tak biasa jauh2... Cari la kawan-kawan yang baik, senior2 yang bleh tolong. Fahmi kan ada. Laqis, anak penakan kak pun ada kat situ. Apa yang penting?... KERJASAMA!!!
Kalau Paksu rindu kami atau perlukan apa-apa, ingatlah lagu nie; he he
Paksu Amin, Paksu Amin
Kami datang
Membantu Paksu dalam kesusahan
Kami tak kisah
Dan kami pun suka
Bila bekerjasama
Semua jadi mudah...
Enjoy the pics...
Bangunan di AlMaad yang masih mengekalkan legasinya yang klasik...
Check in. Senior AlMaad banyak mengambil peranan...
Nama Paksu bawah sekali dalam senarai. Harap bila dapat result exam, Paksu tak la ada kat no. ni jugak...
Paksu dapat masuk tingkatan 1 Idris...
Pendaftaran dan bayar yuran sekolah di sini. Rupanya guru kelas Paksu ni member Pak Lang...
Paksu nak masuk asrama?...Tak mau duduk umah 66 dah, main dengan Along???... Along tak kisah...
Tapi...Adik kisah... Paksu, jom la balik dengan Adik... Nanti Adik nak main dengan sapa?... Sapa nak bina bangunan dengan huruf A,B,C tu... (ciannya Adik...)
Paksu masih terpinga-pinga di khalayak...
Now, rasa lega sikit bila Pak Lang temankan...
Dengan tiba-tiba, Paksu seperti mendapat kekuatan yang ajaib!... Lalu Paksu terus gagah berdiri untuk mara ke depan...
No. dorm, katil atau loker ni, Paksu?... konfiuslaaa...
Tengok... senang ja buat suma nie...
Tadaaa... siap dah packing...
Korang jangan risau laa... Paksu tengah bersemangat waja ni...
Tapi, korang suma jangan lupa jenguk2 Paksu kat sini. Bawa makanan best-best... Thee hee hee...
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 30-Dec-2008 14:28 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Pak Su Amin
|
|
Dedikasi buat Paksu Amin yang bakal melangkah ke tingkatan satu di AlMa'ad Isnin ini...
Abang-abang yang lima orang tu mesti ingat lagi masa ni, kan...
Sekarang dah besar, dah 12 tahun. Sejak pakai spek ni, ramai kata ada iras2 Remy Ishak... eheheh betul ka?...
USM destinasiku...
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 30-Dec-2008 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Keputusan PMR 2008
|
|
Proses menceraikan slip-slip keputusan
Cam ni lah rupanya keputusan 43 pelajar PMR 2007
Antara senario biasa di dewan...
Terima kasih cikgu!
|
|
|
|
|
|
| Monday, 22-Dec-2008 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Ummi
|
|
Hari last Ummi dalam perkhidmatan kerajaan.
Semoga berbahagia di alam persaraan...
|
|
|
|
|
|
| Friday, 19-Dec-2008 07:03 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Abang vs Adik
|
|
:: Aktiviti setiap hari ::
:: Kreatif dan keletah. Along yang cipta topi polistrene tu ::
:: Berkasih sayang ::
:: Anak teruna ibu dan abah ::
:: Apa la yang best sangat kat atas tu? ::
:: Adik jom terbang... (No terbang terbang!!!) ::
:: Kita minum dulu!! ::
:: Adik & Paksu Faisal ::
:: Anak-anak Mak Su Liya ::
:: Along & Adik encem berbaju raya ::
:: Adik kiut ::
:: Along sebenarnya sangat teruja dengan belon tu - first time ibu belikan belon ::
:: Pandai posing ::
:: Along & Adik lapar?... Layan diri ok! ::
:: Dah pandai bermasyarakat ::
:: Adik ngantuk ::
:: Di rumah Mama Ton ::
:: Ini Along punya. Adik dok syat (sat) naa... ::
:: Cucu-cucu wan main di sekeliling taman. Berbintat-bintat nyamuk gigit ::
:: Dah letih, apa lagi lena la semua spider man ni... suka tul dengan baju spiderman tok beli tu... ::
Sat gaduh sat baik...
|
|
|
|
|